Assalamu’alaikum
diucapkan buat semua yang sudi singgah di blog AM110|BuDaK ePJJ ni. Mengarang
bukan kerana nama tapi sekadar melepas rasa yang terbuku di minda dan dijiwa. Juga
sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman selaku pelajar ePJJ sebab tidak
banyak blog student ePJJ terutamanya program AM110 di UiTM Shah Alam yang terbit di alam maya
ini. Dengan adanya blog ni boleh la kawan-kawan rujuk pelan belajar atau apa
jua perkongsian yang dirasakan bermanfaat. Mana yang rasa tidak bermanfaat
silalah tinggalkan dan abaikan. Sekiranya hendak memberikan pandangan, silalah
komen andai sudi agar sebarang kesilapan dapat diperbaiki. Apa salahnya andai
kita menjalin hubungan dua hala dalam perkongsian ilmu. Sesungguhnya berkongsi
ilmu itu amalan yang mulia dan yang memiliki ilmu yang bermanfaat itu tinggi
darjatnya disisi Allah s.w.t bertepatan dengan Hadis Keduapuluh yang bermaksud:
Dari Anas
bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu
adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." (Ibnu Majah
dan Lain-lainnya).
Hal yang sama disentuh di dalam al-Quran
sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud;
Kami
tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa
orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu
kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui. (Al-Anbiya’
ayat 7)
Serta
firman Allah s.w.t yang bermaksud;
Dan
Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri
wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan
jika kamu tidak mengetahui. (An-Nahl ayat 43)
Maka berbanggalah kerana
dikalangan rakyat yang berbilang kaum dalam kuantiti yang bukan hanya satu atau
dua, kita dipilih oleh Allah s.w.t untuk menelusuri jalan jihad ini.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Siapa
yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali”.
(HR. Muslim)
Semoga kita akan berterusan istiqamah
dalam menuntut ilmu dengan jalan dan kaedah yang betul demi mendapatkan
keampunan dan keredhaan Allah s.w.t di dunia dan akhirat. Selamat maju jaya
dalam apa jua perkara baik yang anda lakukan… Amin ya Rabbal ‘Alamin.