Monday, 31 March 2014

Muqaddimah


Assalamu’alaikum diucapkan buat semua yang sudi singgah di blog AM110|BuDaK ePJJ ni. Mengarang bukan kerana nama tapi sekadar melepas rasa yang terbuku di minda dan dijiwa. Juga sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman selaku pelajar ePJJ sebab tidak banyak blog student ePJJ terutamanya program AM110  di UiTM Shah Alam yang terbit di alam maya ini. Dengan adanya blog ni boleh la kawan-kawan rujuk pelan belajar atau apa jua perkongsian yang dirasakan bermanfaat. Mana yang rasa tidak bermanfaat silalah tinggalkan dan abaikan. Sekiranya hendak memberikan pandangan, silalah komen andai sudi agar sebarang kesilapan dapat diperbaiki. Apa salahnya andai kita menjalin hubungan dua hala dalam perkongsian ilmu. Sesungguhnya berkongsi ilmu itu amalan yang mulia dan yang memiliki ilmu yang bermanfaat itu tinggi darjatnya disisi Allah s.w.t bertepatan dengan Hadis Keduapuluh yang bermaksud:
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).
Hal yang sama disentuh di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui. (Al-Anbiya’ ayat 7)
Serta firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui. (An-Nahl ayat 43)
Maka berbanggalah kerana dikalangan rakyat yang berbilang kaum dalam kuantiti yang bukan hanya satu atau dua, kita dipilih oleh Allah s.w.t untuk menelusuri jalan jihad ini. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali”. (HR. Muslim)
Semoga kita akan berterusan istiqamah dalam menuntut ilmu dengan jalan dan kaedah yang betul demi mendapatkan keampunan dan keredhaan Allah s.w.t di dunia dan akhirat. Selamat maju jaya dalam apa jua perkara baik yang anda lakukan… Amin ya Rabbal ‘Alamin.

No comments:

Post a Comment